skip to Main Content
Pelancaran SELHAC 2024 Oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari Di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Pelancaran SELHAC 2024 oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 17 Oktober 2024 – Majlis perasmian Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (SELHAC) 2024 telah disempurnakan semalam oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. SELHAC dilihat sebagai satu pencapaian penting dalam usaha berterusan untuk memposisikan negeri Selangor sebagai peneraju global industri halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn. Bhd., Encik Mohd Zapi bin Abdullah, turut sama hadir dalam majlis perasmian ini sebagai tanda sokongan. SELHAC kini merupakan sebahagian daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor ke-8 (SIBS) 2024 dan akan berlangsung selama empat hari, bermula dari 16 sehingga 19 Oktober, mengangkat tema “Merancakkan Ekosistem Halal”.

Acara ini menghimpunkan pemimpin industri, penggubal dasar, pakar serta pengusaha dari pelbagai negara yang merangkumi pelbagai sektor yang diidentifikasi sebagai sektor halal utama di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1). Antara sektor yan terlibat adalah sektor daripada kluster makanan & minuman, bahan mentah, farmaseutikal & penjagaan kesihatan, penjagaan diri & kecantikan, pelancongan & hospitaliti dan fesyen.

#centralspectrum #pulauindah #selhac2024 #sibs2024

Back To Top
×Close search
Search