skip to Main Content
Pelancaran Buku ‘Pelan Antirasuah Organisasi’ Kumpulan CSSB Di Hari Integriti MBI Selangor

Pelancaran Buku ‘Pelan Antirasuah Organisasi’ Kumpulan CSSB di Hari Integriti MBI Selangor

Shah Alam, 1 Disember 2024 – Buku “Pelan Antirasuah Organisasi (OACP)” oleh Kumpulan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah dilancarkan dengan sukses sempena Hari Integriti Kumpulan MBI yang diadakan di Shah Alam Convention Centre (SACC) kelmarin.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ng Suee Lim, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, yang hadir mewakili Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amiruddin Shaari.

En. Mohd Zapi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, turut hadir di majlis ini bersama Tn Hj Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor, serta Ketua-ketua Pegawai Eksekutif dan Jabatan dari syarikat-syarikat milik MBI Selangor.

Pelancaran buku OACP ini mencerminkan kesungguhan CSSB dalam menangani isu-isu dan kelemahan dalam governans, integriti, dan antirasuah di dalam organisasi.

#centralspectrum #pulauindah #oacp2024

Back To Top
×Close search
Search