Majlis Perasmian Pitstop by HEP @ KAP & Simbolik Penyerahan Tajaan Penaja CSSB
Shah Alam, 12 Disember 2024 – CSSB telah menghadiri majlis perasmian “Pitstop by HEP @ KAB” dan simbolik penyerahan tajaan penaja yang diadakan di Courtyard dan Student Lounge, Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), Shah Alam. Acara ini dirasmikan oleh YBrs. Prof. Dr. Hj. Mohd Sazili Shahibi, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM, pada hari ini.
“Pitstop by HEP @ KAB” merupakan sebuah inisiatif kebajikan yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan pelajar dan mewujudkan persekitaran yang lebih menyokong keperluan mereka. CSSB telah menjadi penaja untuk barangan makanan kering dan sedia untuk dimakan, serta peralatan elektrik asas seperti pemanggang roti dan ketuhar gelombang mikro yang akan digunakan di “Student Lounge”.
Simbolik penyerahan tajaan penaja telah disampaikan oleh wakil Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Puan Ruzita Mohd Taib, Ketua Unit Komunikasi Korporat kepada YBrs. Prof. Madya Ts. Dr. Emma Marinie Ahmad Zawawi dengan disaksikan oleh YBrs Prof. Dr. Hj. Mohd Shazili Shahibi.
Selain CSSB, pelancaran ini turut dihadiri oleh pelbagai pihak berkepentingan termasuk pengurusan universiti, ahli fakulti, dan para pelajar, yang turut menonjolkan usaha kolaboratif di sebalik inisiatif ini.
#centralspectrum #pulauindah #cssbcsrprogram #bankmakanancssb