Kumpulan Syarikat CSSB Menerima Anugerah Majikan Terbaik 2024
Kuala Lumpur, 1 Disember 2024 – Kumpulan Syarikat CSSB telah dinobatkan sebagai pemenang dan penerima empat anugerah berprestij di majlis “Top Employer Award 2024” yang diadakan di Grand Hyatt Kuala Lumpur, semalam. Majlis anjuran JobStore ini mengiktiraf komitmen CSSB terhadap kecemerlangan dalam pengurusan sumber manusia dan kesejahteraan pekerja.
Anugerah ini disampaikan oleh panel juri yang terdiri daripada pelbagai organisasi terkemuka seperti Kementerian Sumber Manusia (MOHR), SIRIM, FPMPA, MDEC, MITA, MIHRM, MyCC, dan Persatuan PKS Malaysia.
Kategori yang dimenangi adalah seperti berikut:
1. Pasukan HR Terbaik – (“Top HR Team”).
2. Anugerah Majikan Terbaik Tahun Ini (Sektor Swasta)
– (“Top Employer Award of the Year (Private Sector)”).
3. Anugerah CEO Juara HR (“HR Champion CEO
Award”) – En. Mohd Zapi Abdullah.
4. Anugerah Bintang Muda HR (“HR Rising Star Award”)
– En. Shamsul Zahrin Sulaiman, Ketua HRAITL.
Pencapaian ini mencerminkan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dan semangat inovatif semua pekerja Kumpulan CSSB, serta sokongan padu daripada semua pihak berkepentingan.
Pengiktirafan ini menjadi pemangkin bagi CSSB untuk terus melangkaui batasan, mencipta nilai baru, dan berusaha untuk kecemerlangan dalam semua usaha serta tetap komited untuk memupuk budaya tempat kerja yang positif yang menghargai sumbangan setiap pekerja.
#centralspectrum #pulauindah