skip to Main Content
CSSB Sertai Simposium Tadbir Urus Korporat Kumpulan MBI Tahun 2024

CSSB Sertai Simposium Tadbir Urus Korporat Kumpulan MBI Tahun 2024

Setia Alam, 5 Disember 2024 – Simposium Tadbir Urus Korporat Kumpulan MBI Tahun 2024 telah berjaya diadakan di Courtyard by Marriott Grandhall, Setia Alam, semalam.
Program anjuran bersama MBI dan anak syarikat seperti Media Selangor Sdn. Bhd., SSDU Innovations Sdn. Bhd., Kumpulan Perangsang Selangor, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad dan Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan integriti dan tadbir urus dalam melaksanakan tanggungjawab korporat.
En. Mohd Zapi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan dari Jabatan Unit Integriti dan Governans CSSB adalah antara peserta yang hadir, disamping Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Jabatan dari anak syarikat milik MBI yang lain.

Tn. Hj. Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI telah memberi ucaptama dengan menekankan pentingnya setiap jabatan memenuhi tanggungjawab yang diberikan dengan penuh integriti, bagi mengelakkan sebarang kerosakan kepada fungsi syarikat. Beliau memberi penekanan terhadap perlunya langkah pencegahan dan pemulihan untuk mengelakkan situasi yang merugikan seperti disaman atau disiasat. Ini menunjukkan keperluan untuk proaktif dalam menangani isu-isu yang mungkin timbul.

Beliau juga menyatakan bahawa program ini memberi pendedahan kepada kakitangan anak syarikat mengenai kepentingan tatakelola dalam tadbir urus, serta cara-cara untuk melaksanakan prinsip-prinsip tersebut dalam operasi harian, melalui penyampaian dan pembentangan oleh beberapa pakar berpengalaman dan panel jemputan dari pelbagai latarbelakang, membincangkan isu-isu penting seperti konflik kepentingan dan penyalahgunaan kuasa, dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman tentang integriti dalam semua aspek pekerjaan.

#centralspectrum #pulauindah #simposium2024

Back To Top
×Close search
Search