
Central Spectrum Sumbang kepada Sektor Pelancongan Selangor Melalui Fiesta Joran Selangor 2025
KUALA KUBU BHARU, 10 Februari 2025 – Fiesta Joran Selangor 2025 anjuran Tourism Selangor telah berjaya diadakan di Tasik Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu, semalam. Acara ini disertai lebih 700 peserta dan menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM22,000.
Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. adalah antara penaja Fiesta Joran Selangor 2025 sebagai tanda sokongan kepada Tourism Selangor untuk program yang berkaitan dengan Tahun Melawat Selangor 2025.YB Dato’ Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, telah menyempurnakan acara ini, diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Sdn Bhd, Puan Chua Yee Ling, serta wakil dari Pejabat Daerah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Selangor.
Fiesta Joran Selangor 2025 turut dimeriahkan dengan program sampingan yang menarik untuk pengunjung seperti jualan buah-buahan tempatan, aktiviti untuk keluarga, serta pameran daripada pengusaha produk pelancongan negeri Selangor, agensi kerajaan serta swasta termasuk Central Spectrum.
#centralspectrum #pulauindah #tourismselangor #fiestajoranselangor2025





