skip to Main Content
Central Spectrum Bantu Ringankan Beban Masyarakat Pulau Indah Yang Berkeperluan Melalui Program Bank Makanan

Central Spectrum Bantu Ringankan Beban Masyarakat Pulau Indah yang Berkeperluan Melalui Program Bank Makanan

Pulau Indah, 13 Ogos 2024: Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah mengadakan Program Bank Makanan buat kali kedua bagi tahun 2024 hari ini di Pulau Indah. Program ini adalah lanjutan dari program bank makanan pertama yang telah diadakan pada 7 Mac 2024.

Inisiatif ini adalah sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan CSSB dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR), yang bertujuan untuk memanfaatkan golongan yang berkeperluan di sekitar Pulau Indah serta kakitangan bukan eksekutif dan pesara CSSB.

Program ini dianjurkan selaras dengan hadis Riwayat Al-Bukhari – “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang memenuhi hajat saudaranya, maka Allah akan memenuhi hajatnya. Sesiapa melapangkan kesusahan seorang Muslim, maka Allah akan melapangkan kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim, maka Allah akan menutup aibnya pada hari kiamat.”

Pengagihan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung gandum dan sebagainya telah diagihkan di empat tempat di Pulau Indah iaitu, Masjid Sultan Abdul Aziz (Kampung Perigi Nanas), Masjid Ar Raudhah (Kampung Sungai Kembong), Masjid Ar Rahman (Kampung Sungai Pinang) dan Masjid Al Qayyum (Bandar Armada Putra).

Program hari ini telah disempurnakan dengan kehadiran Encik Mohd Zapi Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, bersama-sama kakitangan sukarelawan CSSB serta ahli-ahli jawatankuasa masjid terlibat, yang berganding bahu dalam menjayakan inisiatif murni ini.

CSSB berharap program bank makanan ini akan terus memberi manafaat serta meringankan beban keluarga penduduk sekitar yang berkeperluan.

#centralspectrum  #pulauindah  #CSRprogram  #BankMakananCSSB

Back To Top
×Close search
Search