BLOOD DONATION CAMPAIGN 2020/KEMPEN DERMA DARAH 2020
Program Kempen Derma Darah 2020 anjuran Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. dan dikendalikan oleh Amal Care Team kali ini telah berlangsung di Aeon Mall, Bukit Tinggi, Klang. Dengan kerjasama Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) dan Kementerian Kesihatan Malaysia, seramai 58 penderma daripada 92 orang sahaja yang layak menderma pada hari kejadian.
Turut hadir bagi memberikan sokongan terhadap kempen derma darah ini iaitu, Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Y.Bhg. Encik Mohd Razif Abdul Wahab dan Y.Bhg. Encik Wan Mazri Bin Wan Ramli, Penolong Pengurus Besar Kawalan Kredit & Hal Ehwal Korporat.
Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua penderma, kakitangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) dan juga kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.