skip to Main Content
CSSB Dan KAB UTM Berganding Bahu Bekerjasama Untuk Program “Pit Stop By HEP: Food 4U”

CSSB dan KAB UTM berganding bahu bekerjasama untuk Program “Pit Stop by HEP: Food 4U”

Shah Alam, 5 Disember 2024 – Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar Kolej Alam Bina (KAB) UiTM, Shah Alam untuk menjayakan program bakul makanan “Pit Stop by HEP: Food 4U” semalam.

CSSB dan KAB telah merancang program ini secara kolaboratif, memastikan bahawa kesejahteraan dan keperluan pelajar yang memerlukan bantuan makanan diambil kira agar mereka dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran tanpa terbeban dengan keperluan makanan.
Penyerahan barangan makanan kering dan sedia untuk dimakan telah disampaikan oleh Puan Ruzita Mohd. Taib, Ketua Unit Komunikasi Korporat CSSB kepada Gs. Dr. Nabillah Naharudin, Ketua Hal Ehwal Pelajar KAB di kampus UiTM Shah Alam.

Selain bantuan makanan, CSSB juga menyumbangkan beberapa peralatan elektrik asas untuk kegunaan pelajar di ruang rehat (‘student lounge’) yang akan digunakan untuk aktiviti sosial dan akademik. Ruang rehat pelajar ini akan dirasmikan pada 12 Disember 2024 oleh Timbalan Naib Canselor HEP UiTM di mana sebahagian barangan makanan kering yang disumbangkan akan ditempatkan dan diedarkan oleh pihak KAB secara berkala kepada pelajar yang bekeperluan.

Kerjasama antara CSSB dan KAB UiTM Shah Alam ini boleh dianggap sebagai satu inisiatif Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang memfokuskan kepada aspek sosial dalam membantu pelajar yang memerlukan. Program ini mencerminkan komitmen CSSB untuk memberi kembali kepada komuniti dan KAB dalam memastikan kesejahteraan pelajar, sekaligus memperkukuh jaringan sosial dan sokongan dikalangan mereka.

#centralspectrum #pulauindah #cssbcsrprogram #bankmakanancssb

Back To Top
×Close search
Search