skip to Main Content
PROGRAM BANK MAKANAN CENTRAL SPECTRUM 2024 MEMBERI MANFAAT UNTUK KELUARGA YANG MEMERLUKAN

PROGRAM BANK MAKANAN CENTRAL SPECTRUM 2024 MEMBERI MANFAAT UNTUK KELUARGA YANG MEMERLUKAN

PULAU INDAH 7 Mac, 2024: “Barang siapa yang memberi makan kepada seorang Mukmin hingga membuatnya kenyang dari rasa lapar, maka Allah akan memasukkannya ke dalam salah satu pintu syurga yang tidak dimasuki oleh orang lain,” (Hadis Riwayat Thabrani).

Bersempena dengan kehadiran bulan Ramadhan serta atas rasa tanggungjawab Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) telah mengadakan program Bank Makanan. Program ini menyasarkan golongan yang memerlukan sekitar Pulau Indah serta kakitangan CSSB yang berkeperluan.

Barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tepung gandum dan sebagainya telah diagihkan di empat tempat di Pulau Indah iaitu, Masjid Sultan Abdul Aziz (Kampung Perigi Nanas), Masjid Ar Raudhah (Kampung Sungai Kembong), Masjid Ar Rahman (Kampung Sungai Pinang) & Masjid Al Qoyyum (Bandar Armada Putra).

Manakala sumbangan bagi kakitangan telah diserahkan oleh wakil Ketua Pegawai Eksekutif CSSB Encik Zukarnine Shah Zainal Abidin, Ketua Jabatan Jualan, Pemasaran & Komunikasi Korporat.

Program Bank Makanan CSSB adalah satu program yang objektifnya menyantuni golongan yang memerlukan di Pulau Indah. Program ini telah bermula semenjak tahun 2020 dan diharapkan dapat memberi manfaat serta meringankan bebanan mereka sekeluarga sempena menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba.

#centralspectrum #CSRprogram #programBankMakananCSSB #pulauindah

Back To Top
×Close search
Search